• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Alih Wang RM49,000, Pengurus Dipenjara 9 Bulan

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pengurus pengeluaran sebuah syarikat dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana membantu mengalihkan wang tunai milik seorang pengurus syarikat lain melibatkan RM49,000.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Lai Fook Fatt, 58, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan tidak jujur menolong mengalihkan harta iaitu wang berjumlah RM49,000 milik Foo Pak Kwai, 64, ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ambank Cawangan Petaling Jaya New Town di sini, pada 4.18 petang, 14 Disember 2016 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 20 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara berbentuk pencegahan kepada tertuduh mengambil kira faktor tertuduh secara tidak jujur telah memindahkan wang dalam jumlah yang besar.

Lai yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah berumur dan menghidap penyakit kencing manis, hati dan hempedu.

Mengikut fakta kes, mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki (tertuduh) mengatakan dia telah menggunakan kad kreditnya di sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun mangsa menafikannya kerana ketika itu beliau sedang bekerja.

Mangsa kemudian menerima satu lagi panggilan daripada seseorang yang menyamar daripada Bahagian Siasatan Bank Negara yang kemudiannya mendorong mangsa untuk memindahkan sejumlah wang tersebut ke dalam akaun bank tertuduh.

Sejurus selepas memindahkan wang tersebut, mangsa terus gagal menghubungi individu terbabit. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd