• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awie Realisasi Impian OKU Mahu Bertemu Dengannya

oleh AK-47
08/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Nabil Rosli yang mengimpikan bertemu dengan idola pujaannya, iaitu penyanyi rock terkenal, Datuk Awie akhirnya menjadi kenyataan, semalam.

Impian lelaki berusia 22 tahun ini tertunai selepas vokalis kumpulan Wings ini mengadakan kunjungan secara rahsia di tempat kerjanya di restoran McDonalds di Puncak Alam, Selangor.

Awie Realisasi Impian OKU Mahu Bertemu Dengannya

Nabil yang menghidap penyakit Cerebral Palsy nyata terkejut dan terkedu sehingga mengalirkan air mata apabila dapat memeluk idola kesayangannya itu.

Dalam pertemuan kira-kira jam 7 malam itu, Awie sempat mengajak Nabil menyanyi bersama-sama lagu Terima Kasih dan Tragedi Oktober.

Selain itu, Awie turut memberikan nasihat dan kata-kata semangat serta meminta Nabil berusaha keras supaya dapat mewakili negara dalam Sukan Paralimpik akan datang.

Nabil merupakan atlet paralimpik negara dalam sukan olahraga dan futsal.

“Tak sangka abang Awie peluk Nabil. Nabil akan ingat pesan abang Awie sampai bila-bila. Nabil berjanji akan berlatih bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Paralimpik 2020,”
kata Nabil.

Sementara itu, ibu Nabil, Siti Khadijah Hashim memberitahu, dia lega impian anaknya tertunai kerana sebelum ini anaknya sering kali bertanya, “Bila agaknya dapat peluang jumpa Awie?”

“Saya ingatkan dia sombong. Saya tak sangka Datuk Awie sangat peramah, penyayang dan merendah diri. Lega rasanya kerana selepas ini Nabil tak perlu bertanyakan bila nak jumpa Awie,”
luah Siti.

Semasa pertemuan singkat itu, Awie yang ditemani pengurusnya, Gavin Singh turut menceriakan staf McDonalds yang lain, selain merakamkan gambar swafoto dan sesi tanda tangan.

Awie Realisasi Impian OKU Mahu Bertemu Dengannya

Impian Nabil mahu bertemu Awie menjadi viral selepas sebuah portal, Agenda Daily membuat liputan mengenai Nabil pada Mei tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: AwieOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd