• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anda Merokok? Siap Sedia Ditegur Mulai Hari Ini

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMAN-TAMAN awam di negara mulai hari ini akan dikunjungi lebih 4,500 pegawai dari Kementerian Kesihatan untuk mengedarkan risalah larangan merokok di taman awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pemberian risalah larangan merokok itu bertujuan mendidik golongan perokok mengenai larangan baru dan melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok.

Setiap pengunjung akan diberikan risalah berkaitan larangan ini dan amaran bertulis akan diberikan kepada pengunjung yang didapati melanggar peraturan ini,” katanya.

Ia susulan penwartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017.

Bertujuan memberikan amaran kepada masyarakat aktiviti merokok adalah menjadi kesalahan di semua kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka.

Menurutnya dalam kenyataan, aktiviti hari ini akan ditumpukan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur melibatkan 68 orang pegawai Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Aktiviti itu turut melibatkan kerjasama dari beberapa agensi lain seperti Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan Unit Local Agenda 21 Kuala Lumpur.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana agensi dan golongan masyarakat di dalam memperkasakan peraturan ini,” katanya.

Justeru, semua pengunjung taman awam diingatkan mematuhi peraturan ini dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Kementerian Kesihatanmerokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd