• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alat Jimat Tenaga Tanpa Kelulusan Sirim Bahaya

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik yang tidak mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) boleh menjurus kepada punca berlakunya kebakaran.

Pengurus Besar (Bahagian Pembahagian) Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Kedah, Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.

“Ada banyak alat penjimatan tenaga elektrik yang dijual di pasaran namun kebanyakannya tidak mempunyai kelulusan Sirim,” katanya kepada pemberita pada Program TNB Bersama Komuniti Mukim Sok di Gulau, dekat sini, semalam.

Program tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebilangan individu yang menawarkan pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik sewaktu melakukan kerja-kerja pendawaian di rumah pengguna.

Ismail Lathifi berkata, sekiranya TNB mengesan terdapat pengguna yang menggunakan alat penjimatan tenaga itu, laporan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tindakan selanjutnya.

“Alat terbabit yang tidak mempunyai kelulusan Sirim boleh mengundang bahaya, justeru pengguna diminta berhati-hati dan teliti mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Mohd Tajuddin dalam ucapannya pula berkata, seramai 11,000 pengguna di negeri ini menikmati rebat penggunaan elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah, sepanjang tahun lalu.

“Kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM2.4 juta itu, ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

“Beberapa kemudahan lain juga sedang dalam proses pelaksanaan, antaranya fasa kelapan pemasangan 7,500 batang Lampu Jalan Kampung (LJK) biasa dan 600 lampu LED melibatkan kampung-kampung di 15 kawasan Parlimen di seluruh negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: SirimTNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Catat 11 Kes Baharu Jangkitan Rotavirus

Next Post

Sultan Perak Tegur Orang Melayu Semakin Lupa Daratan

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Next Post

Sultan Perak Tegur Orang Melayu Semakin Lupa Daratan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd