• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Kerjasama Dengan MRU Anjur Liga Ragbi Malaysia

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia bekerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) untuk menaja kejohanan julung kali diadakan Liga Ragbi Malaysia (MRL) yang bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata komitmen MRU dalam melibatkan bakat muda dan komuniti akar umbi memberi galakan kepada beliau untuk terlibat dalam sukan berkenaan buat pertama kali.

“Ragbi merupakan sukan yang mempunyai kesemua elemen untuk memecah halangan dan saya telah menyaksikan kesungguhan para atlet ini semasa bermain. Kami suka merealisasikan impian dan kami teruja untuk menjadi penyokong jangka panjang kepada sukan hebat ini bersama MRU,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan tambang murah ini sebelum ini menaja pasukan bola sepak seperti Manchester United, Queens Park Rangers (QPR) dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) selain terlibat dengan pasukan Formula One Caterham.

MRL akan menggantikan Liga Super Ragbi Malaysia (MRSL) dan Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan NICC), yang bakal ditandingi 39 pasukan.

Sementara itu Presiden MRU, Shahrul Zaman Yahya percaya penglibatan AirAsia akan membantu membangunkan sukan ragbi di negara ini.

“Selain MRL, kami juga teruja AirAsia berminat dalam Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) dan program Get Into Rugby (GIR) yang membolehkan semua orang bermain ragbi.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan AirAsia di masa depan untuk menjadikan wawasan ragbi profesional sebagai realiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaMRU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd