• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Air Jagung Ketagih’ Dapat Sambutan Di Alor Setar

oleh
26/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Walaupun nama yang diberikan agak pelik, namun ‘Air Jagung Ketagih’ yang diformulasikan dua rakan karib yang berkelulusan kejuruteraan kian mendapat sambutan di sekitar sini.

Minuman ini adalah hasil idea Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, yang merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Pembuatan dan Adnan Hafif Samsudin, 27, yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Am, masing-masing dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Air jagung ini adalah resepi rahsia kami bagi memberi kelainan dari air jangung di tempat lain walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu pes jagung, kordial jagung dan susu pekat,” kata Adnan Hafif ketika dikunjungi Bernama di gerai mereka di Jalan Stadium.

Mengenai sambutannya, beliau berkata dianggarkan antara 300 dan 400 cawan dapat dijual sehari dengan pulangan antara RM1,000 hingga RM1,500.

Secawan air sederhana dan besar dijual antara RM2.50 hingga RM5.50 beserta isi jagung.

“Sambutan orang ramai membuatkan saya tidak lagi kisah dengan status kelulusan saya walaupun sekadar menjual air jagung,” katanya.

'Air Jagung Ketagih' Dapat Sambutan Di Alor Setar

Sementara itu Mohd Farizual Aiman berkata mereka merancang untuk membuka cawangan ketiga di Jitra selepas di Jalan Stadium dan Taman Aman.

“Jualan air jagung ketagih kami mula menjadi fenomena baharu apabila turut menjadi ikutan ramai peniaga yang mula menjual air jagung ditepi-tepi jalan,” tambahnya.

Beliau berkata usaha mempromosikan air jagung mereka turut dibuat melalui risalah dan Facebook hingga terdapat pembeli dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mencari gerai mereka apabila berada di Alor Setar.

Seorang pembeli Sabariah Saad, 55, berkata air jagung tersebut mempunyai rasa segar dan sedap.

“Saya singgah dengan suami kerana ingin merasai sendiri keistimewaan air jagung ini dan terbukti ia lebih sedap dan memberi kepuasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Alor Setarusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd