• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pelajar Cedera Ringan Selepas Bas Dinaiki Terbabas

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng di sini cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka bersama 33 rakan serta dua guru terbalik di kanan jalan di KM26.5 Jalan Kulai-Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika bas membawa pelajar tersebut bersama dua guru dalam perjalanan menghadiri Festival Jom Masuk Universiti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika bas persiaran dipandu lelaki berumur 30 tahun dari arah Kota Tinggi itu sedang menghala ke Kulai.

“Semasa sampai di tempat kejadian, bas dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan dipercayai berpunca dari struktur jalan dan kerosakan pada bas iaitu patah pada bahagian driveshaft sebelah kiri,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Rahmat berkata akibat daripada itu, empat pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki mengalami luka-luka dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd