• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: 4 Anak Adenan Satem Turut Berkempen

oleh Ahmad Albab
11/02/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Empat anak allahyarham Tan Sri Adenan Satem turut berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu untuk memberi sokongan demi meneruskan semangat perjuangan ayah mereka.

Kehadiran mereka pada majlis pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRK berkenaan semalam ‘mencuri’ tumpuan tetamu yang hadir.

Mereka terdiri daripada Abdul Aziz, Siti Rafidah, Hayatie Hamidah dan Azizul Annuar yang turut sama berkempen untuk ibu mereka yang juga calon BN, Puan Sri Jamilah Anu.

Abdul Aziz berkata, biarpun masih berkabung atas pemergian ayah mereka, kesemua adik-beradik tetap turut membantu kempen.

Beliau berkata kakaknya yang menetap di Kuala Lumpur dan London juga sanggup datang untuk sama-sama memberi sokongan.

“Kami sama-sama turun memberi sokongan demi meneruskan semangat arwah ayah,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz turut berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang masih tidak putus-putus mengunjungi pusara ayah beliau.

“Saya menziarahi pusara ayah setiap hari, setiap hari jugalah ada orang datang,” ujarnya.

Kerusi DUN Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima pada 11 Januari lepas akibat komplikasi jantung.

Pada pilihan raya negeri ke-11 tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemPRK Tanjong Datu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Siasat Kekayaan Luar Biasa Ketua AMK Ampang

Next Post

Isu Hina: Tentera Indonesia Maafkan Australia

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Kemenangan Di PRK Tanjong Datu Bukti Rakyat Yakin BN

19/02/2017
0

IPOH - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu membuktikan bahawa rakyat masih...

Next Post

Isu Hina: Tentera Indonesia Maafkan Australia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd