• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemain Utama MU Perlu Bentuk Persefahaman

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua pemain utama Melaka United perlu segera membentuk persefahaman demi masa depan skuad berkenaan bagi meneruskan saingan dalam Liga Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata dua pemain itu, ketua pasukan Ilija Spasojevic dan Mohd Amri Yahyah, harus menamatkan sebarang pergeseran antara mereka dan memberi fokus terhadap perjuangan pasukan tersebut.

Beliau berkata ketua jurulatih Eric Williams juga perlu memainkan peranan penting bagi menyelesaikan kemelut, yang dipercayai dihadapi dua penyerang utama skuad Sang Kancil itu.

“Jika ada perbalahan atau pertikaian ia perlu diperbetulkan. Dalam hal ini, Williams selaku ketua jurulatih juga perlu membantu menyelesaikannya dan sekiranya tidak boleh, pengurus (Datuk Mohd Yusoff Mahadi) perlu memainkan peranan beliau,” katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 949 penerima bagi Parlimen Tangga Batu, masing-masing 684 daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Pantai Kundur (149), Sungai Udang (60) dan Klebang (56).

Sebuah blog tempatan sebelum ini, melaporkan Spasojevic atau lebih dikenali sebagai ‘Spaso’ dan Mohd Amri yang juga kapten Harimau Malaysia, tidak sehaluan sekali gus merencatkan jentera serangan skuad Melaka United.

Sementara itu, Idris berkata kemenangan pasukan itu ke atas Sarawak 1-0 dalam aksi Liga Super, Sabtu lepas, perlu menjadi pembakar semangat kepada skuad kendalian Williams itu untuk terus memenangi perlawanan seterusnya.

“Kita tidak boleh hanya lega dengan keputusan seri kerana kita ada sasaran iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd