• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kedai Cat Di Larkin Jual Berus Disyaki Bulu Babi

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua kedai cat di Larkin Perdana, dekat sini, didapati menjual berus cat yang disyaki diperbuat daripada bulu babi, selain menggunakan logo halal palsu, bagi mengelirukan orang ramai.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Rizq Fazliana Abd Hamid berkata atas kesalahan itu, kedua-dua kedai terbabit dikenakan tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013.

“Kedua-dua kedai berkenaan didapati melakukan kesalahan kerana tidak melabelkan atau meletakkan teg dengan label ‘diperbuat daripada babi’ atau ‘diperbuat daripada anjing’,” kata beliau kepada pemberita selepas satu pemeriksaan khas di sini hari ini.

Rizq Fazliana berkata mereka turut didapati menggunakan logo halal Jakim yang palsu dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Justeru itu, KPDNKK memberi peringatan kepada kesemua peniaga supaya peka dan beri perhatian pada isu ini yang merupakan isu sensitif terutama kepada pengguna beragama Islam.

“Para pengguna juga diminta berhati-hati dalam membeli barangan seperti ini kerana kita dapati kebanjiran produk seperti ini kerana harganya yang murah,” kata beliau.

Segala berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi akan disita dan dihantar ke makmal Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut, kata Rizq Fazliana.

Menurutnya, pemantauan serta pemeriksaan mengejut secara berterusan akan dibuat ke atas premis, bukan sahaja kedai cat tetapi juga kedai-kedai yang menggunakan berus.

Pemeriksaan khas hari ini disertai sembilan pegawai penguat kuasa daripada KPDNKK serta enam pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor. – BERNAMA

Tags: berus babiKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi

Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. menafikan isu penggunaan peralatan pembersihan tidak mematuhi piawaian halal ada kaitan dengan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd