• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Fosil Dinosaur Dipamer Kali Pertama Di Melaka

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Fosil dinosaur adalah antara yang dipamerkan dalam ‘Pameran Dunia Yang Hilang’ di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Bandar Hilir di sini bermula Jumaat lepas hingga 26 Feb ini.

Ia adalah antara 150 fosil termasuk koleksi meteor, ikan dan tumbuhan berusia lebih 300 juta tahun yang dipamerkan kali pertama di Melaka.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Hamdin Abdollah berkata pameran hasil kerjasama perbadanan itu dengan syarikat KBZ Ventures itu menampilkan fosil dari serata dunia antaranya Amerika Syarikat, Australia, India dan Arab Saudi.

“Fosil yang kali pertama dipamerkan di Melaka ini mampu menjadi tarikan pelancong bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang menyasarkan 16.75 juta pengunjung tahun ini.

“Selain itu, ia juga merupakan platform kepada generasi muda mendalami ilmu penyelidikan paleontologi dan geologi,” katanya ketika merasmikan pameran tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Pengurus Besar Perzim Datuk Khamis Abas dan Pengarah Urusan KBZ Ventures Siti Nor Khadijah Sh Hassan.

Pameran itu dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam dan dari 9 pagi hingga 9 malam pada Sabtu dan Ahad. Kadar bayaran ialah RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa.

Sementara itu, Siti Nor Khadijah berkata seramai 200,000 pengunjung disasarkan untuk pameran tersebut yang akan memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat mengenai sejarah pembentukan bumi.

“Artifak yang terdapat di sini adalah artifak asal dan telah dijaga dan disimpan rapi mengikut adab dan syaratnya. Justeru saya berharap orang ramai tidak melepaskan peluang keemasan mengunjungi pameran ini,” katanya yang turut merancang mengadakan pameran sama di Johor.

Beliau berkata semua fosil yang dipamerkan itu merupakan hak milik persendirian dan dianggarkan bernilai kira-kira RM1.5 juta. – BERNAMA

Tags: fosil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fosil Telur Dinosaur Ditemui Di Barat Daya Korea Selatan

Fosil Telur Dinosaur Ditemui Di Barat Daya Korea Selatan

25/02/2023
0

SEOUL: Fosil telur dinosaur herbivor ditemui di wilayah Sinan, barat daya Korea Selatan, berhampiran tapak tempat fosil dinosaur karnivor dijumpai...

Kepala Raksasa Laut Ditemui Di Nevada

27/12/2021
0

GURUN BLACK ROCK, NEVADA – Satu fosil kepala raksasa laut gergasi menyamai saiz seorang lelaki dewasa ditemui di salah satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd