• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zain Akan Terus Pujuk Che Ta Agar Sedia Hamil Lagi

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Aktres Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti yang dimahukan suaminya pelakon, Zain Saidin.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 44, berkata, pada usianya kini dia mahu lebih memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya berbanding untuk mengandung lagi.

“Dia (Zain) cakap senanglah, saya yang kena bersalin tu bukan senang. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada perkembangan tiga-tiga orang anak saya ini. Saya mahu mereka dibesarkan dengan baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada sidang media pelancaran program realiti The House yang diadakan di sini, pada Rabu.

Pasangan itu berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertamanya.

Sementara itu, Zain, 33, yang turut berada pada sidang media berkenaan memberitahu dia akan terus memujuk isterinya untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

“Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Makkah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

“Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ta turut menjawab soalan mengenai kenyataannya yang membenarkan Zain untuk berkahwin lagi ketika diajukan soalan oleh pengacara ketika sesi sidang media berlangsung.

Rozita berkata, dia seorang wanita yang berdikari dan boleh hidup tanpa bergantung kepada lelaki semata-mata.

“Itu hanya reverse psychology (psikologi terbalik) sahaja untuk dia, memang saya ada beritahu dia kalau nak kahwin lagi, kahwinlah, tapi saya tahu dia sayang bini.

“Bagaimanapun, sebagai wanita saya seorang yang independent dan sentiasa bersedia dengan apa juga perkara terutama dalam rumah tangga,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Che TaZain Saidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nad Zainal Kembali Berlakon Selepas 7 Bulan Berehat

Next Post

Ngeri… Peragut Kejam Toreh Muka Jururawat

Related Posts

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

10/12/2024
0

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa. IKUTI...

Disuruh Jadi Ibu Remy Ishak, Che Ta Tak Mahu!

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Pelakon yang sentiasa menjaga keterampilan, Rozita Che Wan, mengaku baru-baru ini terpaksa menolak tawaran untuk menggalas watak...

Next Post

Ngeri... Peragut Kejam Toreh Muka Jururawat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd