• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga China Dikhuatiri Lemas Di Pantai Cherating

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lebih 70 anggota penyelamat meredah ombak besar di Pantai Cherating dalam usaha mengesan seorang warganegara China yang dilaporkan hilang semasa mandi-mandi di kawasan pantai itu semalam.

Anggota berkenaan, menggunakan tujuh buah bot penyelamat, sebuah kapal maritim dan satu unit jet ski, melakukan pencarian di kawasan seluas tiga kilometer untuk mengesan Peng Xiangyu, 31 dari Jilin, China, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed.

Peng bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas yang mempunyai kontrak di Kawasan Perindustrian Gebeng, telah menginap di sebuah resort sejak enam bulan lepas, katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata lelaki itu pergi mandi-manda bersama rakannya pada kira-kira 5 petang dan dilaporkan telah terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang dihanyutkan ombak.

Katanya bomba yang menerima laporan tentang kejadian itu pada 5.26 petang telah menghantar lapan anggota dengan sebuah jentera bomba untuk misi mencari dan menyelamat.

Syed A Jamaluddin berkata operasi disambung semula pagi ini dengan ditambah sebanyak 63 anggota lagi daripada empat agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Operasi pada hari ini diperluas sehingga tiga kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan tujuh buah bot penyelamat, sebuah kapal maritim dan satu unit jet ski.

“Misi mencari dan menyelamat berhadapan dengan kesukaran berikutan keadaan ombak besar setinggi antara tiga hingga lima meter berikutan musim tengkujuh,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak mandi-manda di pantai di negeri Pantai Timur berikutan keadaan ombak besar pada musim tengkujuh ketika ini. – BERNAMA

Tags: Cheratinglemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd