• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Gemar Tonton Pornografi Lebih Berisiko Cerai

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU lagi sebab mengapa menonton filem lucah bukanlah satu hobi yang mendatangkan apa-apa faedah untuk penggemarnya.

Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa pornografi sebenarnya mampu memisahkan pasangan secara fizikal, terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin.

Suami isteri yang baru mula menonton bahan lucah mempunyai risiko untuk bercerai tempoh beberapa tahun sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding pasangan lain.

Bukan sahaja itu, malah wanita yang mula menonton filem lucah mempunyai potensi sebanyak tiga kali ganda untuk bercerai, menurut satu kertas kerja yang dibentangkan di Persatuan Sosiologikal Amerika pada 22 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, pornografi didapati mencetuskan impak yang kurang negatif terhadap perkahwinan jika suami isteri menonton video itu bersama.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa berhenti menonton pornografi menurunkan kemungkinan untuk bercerai bagi kaum wanita, tetapi tidak pula bagi kaum lelaki.

Inilah kali pertama dalam sejarah kaitan impak pornografi terhadap stabiliti rumahtangga dibuktikan melalui kajian.

Analisis menunjukkan bahawa 11% responded yang  mula menonton filem lucahpada dua tempoh masa berlainan telahpun bercerai semasa mereka ditemubual buat kali kedua. Dapatan ini dibandingkan dengan 6% responden yang tabiat menonton mereka tidak berubah, namun mempunyai persamaan yang ketara dengan peminat baru pornografi tadi.

Dalam kalangan wanita yang mula menonton filem lucah secara solo, bilanga yang bercerai adalah 16% atau tiga kali ganda lebih banyak.

Berbalik pula keadaannya apabila kaum wanita berhenti menonton pornografi, kerana kemungkinan untuk bercerai dalam kalangan mereka adalah kurang daripada separuh daripada mereka yang masih mengekalkan tabiat tersebut.

Bagaimanapun, kebarangkalian untuk kaum lelaki bercerai kerana terlalu banyak menonton pornografi berbanding mereka yang telah berhenti tidak dapat dikenalpasti kerana peratusan lelaki yang berhenti menonton filem lucah adalah terlalu kecil untuk dijadikan data yang boleh dipercayai.

Dapatan kajian itu turun mencadangkan bahawa impak pornografi terhadap perkahwinan lebih tinggi dalam kalangan belia yang kurang pegangan agama.

Menurut ketua penulis kertas kajian tersebut, Samuel Perry, yang juga merupakan professor pembantu di Universiti Oklahoma, “Kami tidak rasakan ada kaitan kualiti hubungan suami isteri yang membawa kepada penggunaan pornografi dan perceraian.”

Perry tidak dapat menjelaskan secara ringkas mengapa impak pornografi lebih tinggi terhadap wanita daripada kaum lelaki.

“Analisis yang kami dapati agak mengejutkan kerana impak pornografi terhadap kaum lelaki dalam sesebuah perkahwinan adalah lebih negatif berbanding wanita.

‘Mungkin kerana kaum lelaki menonton filem lucah lebih kerap bagi tujuan onani berbanding hubungan intim.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Filem LucahPerceraianperkahwinanpornografi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd