• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Pembunuh Kejam Di Kelab Malam Istanbul

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Polis Turki menyiarkan gambar lelaki yang disyaki penyerang kelab malam Reina yang membunuh 39 orang, berswafoto di kawasan dipercayai Dataran Taksim di sini, sebelum dia melakukan serangan itu.

Daily Mail melaporkan, gambar itu disiarkan selepas 12 orang ditahan untuk siasatan kes berkenaan.

Selain itu, polis juga menyiarkan gambar petikan rakaman CCTV menunjukkan lelaki dipercayai penyerang itu menyerahkan dokumen perjalanannya di kiosk pemeriksaan sempadan, berjaket hitam dengan penutup kepala merah. Pasukan penyiasat percaya lelaki itu berasak dari Kyrgyzstan.

Rakaman CCTV lain menunjukkan lelaki berkenaan bertengkar dengan pemandu teksi yang tidak dinyatakan lokasinya.

Petikan rakaman CCTV itu antara usaha polis Turki mengesan penyerang terbabit yang tidak banyak maklumat diketahui mengenainya. Polis enggan menyatakan nama dan kerakyatan lelaki disyaki itu.

Namun, penganalisis berpendapat dia profesional, amat terlatih dan fokus dalam melaksanakan tugas seperti melakukan serangan yang didakwa Daish, cabang militan Negara Islam (IS) dilakukan anggotanya.

Lelaki itu dipercayai tiba di kelab malam eksklusif berkenaan dengan teksi, melepaskan tembakan di pintu masuk kelab dengan raifal Kalashnikov sebelum berjalan masuk ke dalam kelab sambil melepaskan tembakan menggunakan empat kelopak peluru iaitu kira-kira 120 tembakan selama lima minit setengah.

Selain 39 orang yang maut, seramai 70 lagi cedera dalam serangan ketika pengunjung kelab sedang meraikan ketibaan Tahun Baru.

Antara yang terbunuh ialah jutawan hartanah terkenal India Abis Rizvi, ketua pegawai eksekutif Rizvi Builders, pereka fesyen muda dari India Khushi Shah, Rita Sami, 26, anak perempuan ahli perniagaan terkemuka Lubnan Ilyas Schami, ahli perbankan Lubnan, Heykel Müsellim, ketua keselamatan kelab malam, seorang pengawal keselamatan wanita kelab malam itu dan pemandu bas yang membawa sekumpulan pengunjung ke kelab. – Agensi/myMetro Online

Tags: Turki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd