• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul PAN Lebih Jelas Berbanding PAS

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyindir usul bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah yang pernah dibentangkan pemimpinnnya di Parlimen, Dr. Siti Mariah Mahmud lebih jelas dan nyata berbanding usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, usul Siti Mariah yang mengandungi cadangan bagi memperkasakan peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu dibentangkan pada sesi Bajet tahun lalu.

“Satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja pada tahun lepas.

“Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, PAN akan tetap memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) oleh Abdul Hadi.

Kata beliau, pendirian serta cadangan PAN berhubung usul RUU355 hanya akan diberikan di Parlimen apabila usul itu diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi Parlimen akan datang..

“PAN berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan,” katanya.

PAS melalui Presidennya sebelum ini membawa usul di Dewan Rakyat bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah namun dikecam Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta PAN.

DAP mengganggap usul PAS itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia yang merupakan satu undang-undang lapuk dan mengundang bias kepada kaum wanita.

PKR dan PAN pula mendakwa usul yang dibentangkan Presiden PAS itu mengundang kebimbangan bukan Islam dan perlu dikaji semula supaya tidak melanggar Perlembagaan Negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANRUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat...

PAS Tunggu PH Bawa RUU 355 Ke Parlimen

19/04/2019
0

KOTA BHARU - PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd