• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terjunan ‘Maut’ Dari Papan Tanda Temerloh

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KREATIF… Macam-macam gelagat dapat dilihat apabila tibanya musim banjir. Ada yang mengambil peluang untuk bermain air dan tidak kurang juga ‘mengasah’ bakat berenang.

Menerusi perkongsian Facebook Kuantan, sebuah video berdurasi 7 saat memaparkan seorang remaja lelaki melakukan aksi berbahaya ketika banjir di Temerloh baru-baru ini.

Dalam video tersebut kelihatan seorang remaja lelaki melakukan terjunan ‘maut’ dari papan tanda TEMERLOH yang terletak di tebing Sungai Pahang.

“Dia bersuka ria pulak masa banjir ni,” tulis kapsyen video tersebut.

Terdapat seorang lagi lelaki berada di bahagian bawah papan tanda dan apabila remaja lelaki itu membuat terjunan, terdengar sorakan daripada individu yang merakam kejadian itu.

Perkongsian video tersebut nyata menimbulkan kemarahan netizen kerana tindakan lelaki itu boleh mengundang maut kerana tidak mengetahui arus sungai yang deras serta keadaan yang sedang banjir kini.

“Anak siapa ler ni…bahaya tu…sungai air deras…hishhhhhh seriau tengok,” tulis Mas Wana.

Ada juga netizen yang bimbang sekiranya remaja lelaki itu lemas dan sukar untuk dicari dalam keadaan banjir kini.

Keadaan banjir di Temerloh semakin membimbangkan apabila air sungai di beberapa kawasan di negeri Pahang telah mula naik.

Beberapa negeri lain turut dinaiki air seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, sekumpulan remaja memanjat papan tanda IPOH menjadi tular dan mereka yang terlibat sudah membuat permohonan maaf susulan tindakan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Banjirpapan tandaTemerlohterjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd