• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Puji Pembaharuan Pusat Pemindahan

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini memuji perubahan dan penambaikan dilakukan kerajaan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Tengku Abdullah bertitah secara peribadi baginda melihat banyak pembaharuan telah dilakukan demi keselesaan mangsa banjir termasuk penyediaan hadangan untuk wanita.

“Kali ini saya lihat kita lebih bersedia dalam menghadapi bencana ini, nampak banyak perubahan dan termasuk pengasingan untuk mangsa banjir wanita selain disediakan penghadang.

“Hal ini memberikan lebih keselesaan kepada mereka berbanding sebelum ini,” titah baginda selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 233 mangsa daripada 91 keluarga di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Perkampungan Sri Damai, di sini hari ini.

Turut berangkat sama Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang selepas itu turut berkenan memasak hidangan makan malam untuk mangsa banjir di pusat itu.

Dalam masa yang sama Tengku Abdullah turut mengingatkan semua penjawat awam yang terlibat dengan pengurusan banjir supaya bersifat lebih prihatin dan membantu mempercepatkan segala bantuan kepada mangsa.

“Saya difahamkan akan ada gelombang kedua pada bulan Februari ini, jadi saya berharap kita akan lebih bersedia dan sama-sama berdoa agar kali ini tidak akan berlaku banjir besar,” titah baginda.

Tengku Abdullah turut mengingatkan ibu bapa khususnya supaya mengawasi anak-anak agar tidak menghampiri sungai mahupun longkang besar sepanjang musim banjir ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, sentiasa patuhi arahan daripada pihak berkuasa dan segeralah berpindah jika diminta berbuat demikian,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: BanjirTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd