• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syok Dekat Ibu, Anak Kecil Dicurah Asid

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERANA dendam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi mangsa apabila muka dicurah dengan asid oleh seorang lelaki. Kanak-kanak berkenaan, Aditya Raj kini mengalami kecederaan dengan mukanya melecur dan berisiko kehilangan sebelah mata.

Dia telah diculik oleh Mangal, 27, dari rumah mereka di New Delhi. Mangal berbuat demikian kerana marah selepas ibu Aditya, Soni Prasad, 25, enggan berkahwin dengannya.

Meskipun mengetahui Soni sudah berkahwin, namun Mangal tidak berputus asa dan tetap memujuk wanita itu melarikan diri dengannya.

Soni yang bosan dengan keadaan itu telah memaklumkan kepada suaminya, Jamna dan mereka telah berpindah ke tempat lain. Soni menyangka dengan berbuat demikian, Mangal akan berputus asa namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu menculik Aditya.

Aditya hanya ditemui keesokan harinya di tepi jalan.

“Anak saya ditemui di tepi jalan sambil menjerit kesakitan kerana mukanya dicurahkan asid. Dia dimasukkan ke unit kebakaran di hospital.

“Disebabkan keadaannya itu, Aditya memerlukan pembedahan,’’ kata Soni yang masih belum melawat anaknya di hospital kerana tidak sampai hati melihat penderitaan yang ditanggung kanak-kanak itu.

Soni juga kini sedang mengandung lapan bulan. Mangal telah ditangkap dan dia juga dikehendaki oleh polis atas tuduhan lain. – mynewshub.cc

Tags: asiddendam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Tetak Rakan Guna Sabit

Kontraktor Tetak Rakan Guna Sabit

26/06/2023
0

SUNGAI PETANI: Dendam lama menjadi punca seorang lelaki ditetak menggunakan sabit hingga cedera parah oleh kenalannya dalam kejadian di tepi...

Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

08/11/2018
0

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd