• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Tidak Minat Debat Dengan Tun M

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor bertitah baginda tidak berminat dalam perdebatan atau polemik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya telah katakan apa yang perlu dikatakan. Cukup cukuplah. Saya buat kenyataan berdasarkan fakta dan perangkaan, dan bukannya berdasarkan laporan berita Barat.

“Saya tidak akan buat andaian atau mencetuskan kebimbangan, itu sahaja,” titah baginda.

Sultan Johor bertitah, baginda hanya berminat dalam soal kebajikan rakyat dan bukannya politik.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitiah ketika diminta mengulas mengenai reaksi Dr. Mahathir berhubung kenyataan bekas perdana menteri berkenaan terhadap pembangunan Forest City di negeri itu.

Dr. Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan dan komen di blog, dengan mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City, dan mereka akan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, Sultan Ibrahim dalam temuramah eksklusif bersama The Star mendakwa Dr. Mahathir mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya.

Sultan Johor bertitah, baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Baginda bertitah Dr. Mahathir Mohamad meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

Dr. Mahathir dalam suratnya kepada The Star bagi memberi maklum balas sebagaimana yang dikeluarkan pada Selasa bahawa beliau memetik laporan Bloomberg mengenai butiran membabitkan Forest City, yang mana katanya ia masih belum dicabar atau dinafikan. – The Star/mStar Online

Tags: Sultan Ibrahim Sultan IskandarTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd