• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut dengan mayat kedua mereka rentung apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain di Kilometer 81.6, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata ketika kejadian, mangsa, Mohd Farid Tumpang, 25, dan isterinya Suzana Jumri, 32, dipercayai dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

“Kereta mangsa gagal memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan, yang dalam perjalanan menuju ke Mersing.

Kereta itu kemudiannya berpusing sebelum terbalik dan terbakar sehingga memerangkap kedua-dua mangsa dalam kereta berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Rahmat berkata pemandu kereta lain, Ng Cheng Keat, 36, patah tangan kiri dan mengalami cedera di badan.

Menurut Rahmat, hasil siasatan awal, kemalangan berlaku adalah berpunca dari kecuaian kenderaan yang cuba memotong kenderaan lain.

Mayat keduanya dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala Ng juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kakak mangsa Dyana Tumpang berkata kedua-dua mangsa yang baharu sahaja bernikah selama tiga bulan dan bakal mengadakan majlis resepsi pada 21 Januari ini di kediaman keluarga di Felda Tenggaroh 3, Mersing.

Katanya, dia menyedari arwah adiknya banyak berdiam sejak kebelakangan ini.

“Arwah adik suami isteri tidak banyak bercakap dan hanya menyerahkan segala persiapan kepada keluarga, kesemua persiapan sudah pun dibuat untuk majlisnya pada minggu hadapan.

“Kali terakhir kami berjumpa mangsa sewaktu cuti persekolahan dan ketika itu arwah ada menyatakan yang dia tidak mahu bersanding dan hanya buat kenduri untuk meraikan keluarga sebelah perempuan, walau bagaimanapun hasratnya untuk mengadakan majlis pada minggu hadapan tidak kesampaian,” kata kakaknya dalam nada sayu ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Dia juga berkata adik iparnya juga mengandung dua bulan ketika kejadian.

Dyana berkata kedua-dua jenazah akan dibawa pulang ke Felda Tenggaroh 3 untuk disembahyangkan dan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di tanah rancangan berkenaan dalam satu liang lahad petang ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MAIPs Sumbang Lebih RM1 Juta Kepada Asnaf Perlis 2016

Next Post

PTD Di Filipina Hina PM, Arwah Tok Nan Dipanggil Balik

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

16/06/2025
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga maut akibat kemalangan kereta dan lori di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama...

Next Post

PTD Di Filipina Hina PM, Arwah Tok Nan Dipanggil Balik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd