• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Minyak Di Kelantan Bersubahat Dengan Penyeludup

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan mengesan segelintir kakitangan di stesen minyak di negeri ini bersubahat dengan penyeludup petrol ke negara jiran.

Pengarahnya, Datuk Abd Ghani Harun berkata aktiviti itu dikesan dalam satu operasi di Tumpat pada Khamis lepas (26 Jan) selepas dua lelaki masing-masing berusia 30an berjaya ditahan dan hasil siasatan mendapati kegiatan mereka didalangi kakitangan sebuah stesen minyak.

“Kakitangan di stesen minyak itu disyaki bersubahat kerana membenarkan dua suspek mengisi petrol antara 800 hingga 1,000 liter ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang telah diubahsuai dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Abd Ghani berkata siasatan turut mendapati petrol dijual di negara jiran mengikut timbangan kilogram.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kumpulan penyeludup minyak ini bergerak dari stesen ke stesen bagi memperolehi bekalan sebelum diseludup ke sempadan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKseludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Manusia Kalau Hati Dah Busuk…

Next Post

Mangsa Banjir Perak Berkurang Kepada 436 Orang Petang Ini

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

Next Post

Mangsa Banjir Perak Berkurang Kepada 436 Orang Petang Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd