• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Putra Kini Dikenali Axiata Arena

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stadium Putra di Bukit Jalil di sini kini dikenali sebagai Axiata Arena, selaras dengan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penjenamaan stadium itu adalah hasil perkongsian antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Axiata Group Bhd. menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.

“Kami masih meneliti butiran perjanjian dan berharap stadium itu dapat memberi impak dalam mempromosikan Kuala Lumpur sebagai hab sukan rantau ini selain berperanan sebagi pusat hiburan dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pra-pelancaran Axiata Arena di Menara Axiata, di sini hari ini.

Khairy juga berkata Axiata Arena akan menjadi mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur mulai Julai ini.

“Arena itu akan menjadi stadium utama untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, pada Ogos nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kerja penyelenggaraan akan dikendalikan PSM manakala baki kerja naik taraf berada di bawah bidang kuasa Axiata mengikut klausa perjanjian tersebut.

Sementara itu, Khairy juga berkata kementerian mengalu-alukan perkongsian dengan syarikat korporat bagi membangun dan menaik taraf stadium lain di seluruh negara.

“Kami mahu melihat stadium lain menjalin perkongsian dengan syarikat korporat bagi meningkatkan kemudahan dan nilai komersialnya,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group, Tan Sri Jamaludin Ibrahim turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan syarikat telekomunikasi tersebut menjadi syarikat korporat pertama menandatangani kontrak seumpama itu di negara ini.

“Ini adalah perjanjian pertama seumpama ini dan kami komited untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam bidang ini.

“Axiata telah menjadi sebahagian daripada komuniti sukan untuk sekian lama dan berharap menerusi usaha ini, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Sebaik kerja naik taraf selesai, stadium itu bakal setaraf dengan Staples Centre di Los Angeles, 02 Arena di London dan Mercedes Benz Arena di Shanghai sebagai gelanggang sukan berkelas dunia dan lokasi hiburan.

Stadium Putra ketika ini akan diubah suai untuk menampung pelbagai acara dengan kapasiti maksimum 14,425 tempat duduk yang merupakan jumlah tertinggi bagi dewan tertutup di negara ini. – BERNAMA

Tags: Axiata ArenaKhairy JamaluddinStadium Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Hadiri Tahlil, Ziarah Keluarga Allahyarham Adenan

Next Post

Najib Mahu Kedah Kekal Milik BN – Ahmad Bashah

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Najib Mahu Kedah Kekal Milik BN - Ahmad Bashah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd