• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Terapung LG Janjikan Alunan Muzik Selama 10 Jam

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INGAT lagi semasa kecil, jika disuruh bayangkan masa hadapan pasti kereta atau rumah terapung yang terbit dahulu di dalam minda?

Kini, teknologi ‘terapung’ ini semakin menonjol dengan terciptanya produk seperti katil dan speaker terbaru keluaran LG ini.

Alat pembesar audio ini mampu terapung terima kasih kepada teknologi elektromagnet yang mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam, menurut syarikat elektronik itu.

Produk ini didatangkan dalam dua bahagian iaitu tapak dan unit speaker itu sendiri.

Speaker Terapung LG Janjikan Alunan Muzik Selama 10 Jam

Tapak speaker tersebut mempunyai dwifungsi iaitu sebagai subwoofer atau speaker nada rendah yang mampu menghasilkan bunyi bass yang lebih baik, dan juga sebagai pengecas bagi unit pembesar bunyi itu.

Tapi, speaker tu tak jatuh ke jika kapasiti baterinya sudah menurun?

Tidak, kerana teknologi terbaru inovasi LG ini akan memastikan speaker tersebut untuk perlahan-lahan turun dan ‘melekatkan’ dirinya ke unit tapak secara automatik untuk dicas semula!

Bukan sahaja itu, malah speaker itu akan terus memainkan muzik semasa ianya dalam proses untuk turun ke tapak pengecas dan juga semasa dicas.

Namun, tiada maklumat selanjutnya diberikan oleh pihak LG bagi harga atau tarikh pelancarannya kerana produk ini hanya akan ditayangkan kepada umum di dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, minggu hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LGSpeakerTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd