• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Awas, Kejara Dilaksana April Ini – Liow

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang bakal dilaksanakan April ini dilihat mampu mengurangkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem yang dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu kini di peringkat akhir melibatkan pautan ke laman sesawang JPJ bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas mereka.

“Ini sistem canggih yang melibatkan kamera litar tertutup dibantu sistem IT untuk mengenal pasti dan mengesan semua pesalah jalan raya dalam masa yang singkat.

“Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran, kompaun, digantung lesen dan akhirnya disenarai hitam akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

“Sistem ini masih mengkaji medium yang sesuai untuk memberi notis kesalahan kepada pesalah dan perkara ini akan diumumkan kelak,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Lebuhraya dan Sambutan Tahun Baru Cina Lebuhraya Pantai Timur yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Tan Sri Azmil Khalid, di sini, hari ini.

Dilapor, sistem berke­naan yang sepatutnya dilaksanakan sejak Mei lalu, terpaksa ditangguhkan kerana me­ngalami beberapa masalah teknikal dan kekangan akta JPJ.

Sistem tersebut yang bakal memberikan impak besar dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini telah diluluskan Kabinet akhir tahun lepas selepas diselesai masalah berbangkit.

Liow berkata sistem tersebut melibatkan 21 kamera Awas di kawasan berisiko tinggi kemalangan seluruh negara termasuk di Pagoh, Johpr yang berlaku kemalangan maut melibatkan bas ekspres baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi harapan agar sistem itu dapat mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi kelajuan yang ditetapkan dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan peningkatan kes kemalangan maut jalan raya. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Laipemandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan AS Keluar TPP hanya Perkukuh Momentum RCEP

Next Post

Oksigen Kurang Punca Ribuan Tilapia Maut Di Tasik KL

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh...

Next Post

Oksigen Kurang Punca Ribuan Tilapia Maut Di Tasik KL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd