• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak 2015 Pampasan Insurans Bencana Diagih

oleh AK-47
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Sebanyak RM569,000 pampasan insurans bencana telah diagihkan kepada 569 mangsa banjir di Kemaman sejak November 2015, kata Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM424,000 telah diagihkan kepada 424 mangsa banjir di Parlimen Kemaman tahun lalu manakala RM145,000 pula diagihkan kepada mangsa banjir hari ini.

“Skim yang dinamakan ‘Kampungku’ ini adalah sebahagian daripada Model Kemaman Siap Siaga yang diiktiraf sebagai contoh terbaik pengurusan bencana, mangsa banjir hanya membayar sebanyak RM50 dan tambahan RM24 lagi dibayar oleh Pejabat Parlimen Kemaman.

“Skim insurans ini telah menjadi budaya di daerah ini, pada mulanya hanya penduduk yang pernah dilanda banjir sahaja mencarum tetapi sekarang ini penduduk di kawasan yang tak pernah kena banjir pun turut menyertainya kerana keperluan mungkin bencana lain menimpa seperti ribut, kebakaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Shabery berkata skim insurans yang diperkenalkan selepas berhadapan dengan banjir buruk pada 2014 itu memberi manfaat kepada mangsa banjir di daerah tersebut.

“Mangsa yang ditimpa bencana atau banjir akan menerima RM1,000 dalam tempoh tiga hingga tujuh hari dan bagi saya dengan wang tersebut mereka boleh beli banyak keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya juga telah meminta Agro Bank untuk turut membangunkan insurans pertanian bagi melindungi petani dan penternak sekiranya ditimpa bencana.

“Bagi saya insurans ini penting kerana pertanian merupakan satu sektor yang mempunyai risiko yang besar. Kalau tak kerana banjir, mungkin penyakit, kemarau dan sebagainya…ia sentiasa ada risiko,” katanya.

Mengulas mengenai banjir yang berlaku ketika ini, beliau berkata pihaknya sedang membuat penilaian keseluruhan kemusnahan pertanian dan penternakan akibat bencana yang berlaku di seluruh negara.

“Setakat ini yang paling besar ialah di Kelantan, Hulu Terengganu dan di beberapa kawasan di Terengganu…kita akan mendapatkan maklumat terperinci berapa penternak dan petani yang terjejas serta jumlah kerugian sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekInsurans Bencana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd