• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Teruskan Dasar Bahasa Inggeris Adenan

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan meneruskan dasar yang diperkenalkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak.

“Sistem pendidikan kita masih terbuka. Kita di Sarawak, bahasa Inggeris kita masih bagus. Sebab itulah Allahyarham Tok Nan (Adenan) menyebut bahawa selain bahasa Malaysia, bahasa rasmi di Sarawak adalah Inggeris.

“Sebagai ketua menteri yang baharu, saya juga akan meneruskan dasar itu, iaitu bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi kedua di Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Save SMK St Teresa’s Nite’ di sini malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa Mary John dan Pengerusi Lembaga Pengurusan St Teresa Wong Mee King.

SMK St Teresa mengadakan majlis makan malam amal itu untuk mengutip derma bagi pembinaan dewan sekolah berkenaan yang musnah dalam kebakaran pada Oktober lepas.

Mengambil contoh bahasa Inggeris sebagai bahasa sejagat, Abang Johari berkata bahasa Inggeris digunakan dengan meluas dalam persidangan antarabangsa.

“Apabila kita menghadiri persidangan di luar negara, bahasa Inggeris akan digunakan, ia merupakan bahasa sejagat. Jika anda tidak tahu bertutur atau memahami bahasa Inggeris, anda akan berasa terasing dalam persidangan berkenaan,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Abang Johari turut mengumumkan sumbangan tambahan RM500,000 daripada kerajaan negeri dan RM50,000 daripada Sabati (Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri) yang dipengerusikan isteri beliau.

Sebagai rekod, kerajaan Sarawak memberi bantuan RM1 juta kepada SMK St Teresa dengan cek diserahkan Adenan kepada wakil sekolah itu pada November lepas.

Allahyarham Adenan, Ketua Menteri Sarawak kelima, meninggal dunia pada 11 Januari lalu berikutan komplikasi jantung dan Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu pada 13 Januari. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemDatuk Amar Abang Johari Tun Opengsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Cakap Ni Lori Saya, Dia Angkat Tangan Terus Pukul”

Next Post

Banjir: FAMA Edar 1,506 Kit Makanan Di Kelantan

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Banjir: FAMA Edar 1,506 Kit Makanan Di Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd