• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR Cari 6 Mangsa Bot Karam Diteruskan Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong jenis Catamaran yang karam ketika dalam perjalanan membawa pelancong warga China ke Pulau Mengalum, diteruskan pagi ini.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR yang disertai pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan termasuk APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan seawal jam 7 pagi tadi.

“Operasi SAR hari ketiga diteruskan pada jam 7 pagi tadi. Antara aset yang terlibat ialah KM ADIL, Kilat 40, pesawat udara Bombardier (APMM), KD Ganas dan KD Serang (TLDM), C130 (TUDM).”

Turut serta dalam operasi SAR berkenaan ialah pihak berkuasa negara Brunei Darussalam menggunakan helikopter S92 yang memfokuskan pencarian di kawasan perairan negara berkenaan.

Menurut jurucakap berkenaan, kawasan pencarian hari ini dijangka meliputi kawasan seluas 1,500 batu nautika persegi iaitu lokasi 25 mangsa dijumpai petang semalam, termasuk tiga yang terkorban.

Pada Sabtu lalu, bot jenis Catamaran yang membawa 31 orang, termasuk 28 pelancong dari China, karam dipercayai dipukul ombak besar pada 10 pagi, sejam selepas bot itu bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum. – BERNAMA

Tags: botbot karamSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpulan Pertama Mangsa Catamaran Karam Tiba Di KK

Next Post

Starbucks Akan Menggajikan 10,000 Pelarian

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

Starbucks Akan Menggajikan 10,000 Pelarian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd