SEOUL – Seorang sami Buddha Korea Selatan kritikal selepas membakar dirinya ketika protes besar-besaran terhadap pemimpin yang dipecat, Presiden Park Geun-Hye, kata pegawai semalam.
Sami, berusia 60-an dan tidak didedahkan identitinya, membakar dirinya lewat malam Sabtu lalu di pusat bandar Seoul ketika beratus-ratus ribu penunjuk perasaan kembali ke jalan raya untuk minggu ke-11 bagi menuntut penyingkiran Park.
Beliau meninggalkan nota menggesa pihak berkuasa menangkap presiden yang dilanda skandal itu kerana melakukan pengkhianatan, lapor agensi berita Yonhap.
Park dicabar oleh Parlimen bulan lalu berhubung skandal penyalahgunaan kuasa yang mencetuskan kemarahan awam dan protes di seluruh negara.
Mahkamah Perlembagaan kini perlu membuat keputusan untuk mengesahkan pemecatan itu atau mengekalkan Park. – Agensi/BH ONLINE

