• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Guna Kapak, Juruukur Mengaku Tidak Bersalah

oleh AK-47
31/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang juruukur tanah sambilan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini atas pertuduhan merompak sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan menggunakan kapak, tahun lepas.

Muhammad Hafiszul Isa, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azrul Darus.

Dia didakwa telah menggunakan sebilah kapak merompak juruwang, Mohd Adam, 34, dan mengambil wang tunai berjumlah RM600 iaitu wang perniagaan syarikat Gimyq Enterprise yang menguruskan stesen minyak Shell di lebuh raya itu pada 4.45 pagi, 9 Julai 2016.

Dia dituduh menurut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhain Mahamat Amin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Feb ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kapakRompaksenjata
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd