• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Bersenjata, Mekanik Dipenjara 6 Tahun & Satu Sebatan

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang mekanik terpaksa menangguhkan perkahwinannya selepas dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, berikutan mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak bersenjata dan memiliki sebilah parang panjang.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan merompak dan penjara enam tahun kerana memiliki parang terhadap Shah Rolriza Ahmad, 28, dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 6 Jan lepas.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum dengan alasan dia adalah anak yatim piatu serta akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Saya hanya mengikut kawan-kawan, mereka yang ajak…Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal mengambil kira trauma yang dialami mangsa serta bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Bagi pertuduhan pertama, Shah Rolriza bersama dua orang lagi yang masih bebas didakwa merompak wang tunai berjumlah RM1,500 milik Pusat Latihan Snuker Rex dan Cafe serta sebuah telefon bimbit kepunyaan Kyaw Kyi Aung, bersenjatakan parang dan besi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pusat snuker itu, di Lot KA1-2-13A, Tingkat 1, Blok 1, Kuchai Avenue, Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Enterpreneurs Park, di sini, pada 11 Dis tahun lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Shah Rolriza juga didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang panjang 47cm tanpa maksud yang sah di Jalan 1/149E, Endah Parade, Sri Petaling, di sini, pada 2.30 pagi, 6 Jan lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun. – BERNAMA

Tags: Mekanikrompakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Tahun Penjara Kerana Miliki Pisau

Next Post

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

Related Posts

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

10/03/2025
0

KUANTAN: Seorang mekanik maut, manakala rakan parah selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211, Lebuhraya...

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

Mekanik Tidak Mengaku Cuba Bunuh Tunang Bekas Isteri

21/06/2024
1

GEORGETOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. atas tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dipercayai...

Next Post

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd