• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rohingya Ucap Terima Kasih Kepada PM

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ETNIK Rohingya di Malaysia telah menyatakan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana membela nasib mereka.

Perkara tersebut dinyatakan oleh komuniti Rohingya semasa sesi Road Tour yang diadakan oleh ASEAN Rohingya Center (ARC) menemui masyarakat Rohingya di seluruh negara mulai 22 Januari 2017.

Jerayawara ini bertujuan untuk menjelaskan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia berhubung dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai isu Rohingya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu.

Sebagai permulaan kepada Road Tour, satu sesi penerangan telah diadakan di Surau Mahyun, Kampong Bahtera, Pinggiran Batu Caves, Selangor.

Sesi ini telah menghimpunkan sebanyak satu ribu komuniti Rohingya di seluruh kawasan sekitaran Selayang khususnya dari Kampung Laksamana, Kampung Wira Damai, Kampung Nakhoda, Pinggiran Batu Caves, Taman Seri Murni, Taman Seri Melur dan Taman Bolton.

Sesi tersebut yang diadakan secara berperingkat-peringkat bermula pukul 4 petang sehinggalah 12 tengah malam.

R1

Dalam sesi tersebut, Dr. Helmi Ibrahim, Pengarah Eksekutif ARC telah menyampaikan ucapannya.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat Rohingya haruslah berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia kerana telah membenarkan pelarian Rohingya bekerja secara sah di Malaysia dengan diberikan permit pekerja.

Ini sekali gus akan mengubah nasib 56,000 pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Mengenai Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Beliau juga menerangkan bahawa Kerajaan Malaysia telah berbesar hati memperuntukkan RM10 juta untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kemahiran untuk masyarakat Rohingya Muslim di Wilayah Rakhine di Myanmar.

Dr. Helmi juga menjelaskan bahawa ARC sedang cuba mendapatkan kebenaran dari Kementerian Pendidikan agar anak-anak Rohingya diberi peluang belajar di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Selain itu beliau juga menyokong kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar, Duta Khas OIC bahawa pusat pembelajaran untuk Rohingya harus dibuka di Malaysia dengan kerjasama Malaysia dan OIC.

WhatsApp Image 2017-01-24 at 9.58.28 AM

Beliau juga menegaskan bahawa OIC dalam mesyuarat luar biasanya itu juga telah menampilkan beberapa resolusi untuk menangani kemelut yang melanda masyarakat Rohingya Muslim di Wilayah Rakhine di Myanmar.

Antaranya ialah penubuhan sebuah kumpulan penghubung OIC ke Myanmar yang mana tanggungjawab penubuhannya diserahkan kepada Sekretariat OIC diketuai oleh Dr. Yusuf bin Ahmed Al-Othaimeen, Setiausaha Agung OIC.

Dalam majlis itu juga, beberapa pemimpin Rohingya telah berucap menyatakan terima kasihnya kepada Perdana Menteri, selain Tan Sri Syed Hamid Albar serta Kerajaan Malaysia dan OIC kerana memperjuangkan nasib mereka.

Disediakan oleh Unit Komunikasi Media ARC

Tags: Najib Tun RazakRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd