• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid KL Bakal Kendali Bas Awam Di Kuching

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Operator pengangkutan awam Rapid KL dijangka mengendalikan pengangkutan bas awam di bandar raya ini tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau difahamkan syarikat itu telah menyatakan persetujuan berbuat demikian selepas dipelawa oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri telah menjemput Rapid KL untuk mengendalikan perkhidmatan bas awamnya di bandar raya Kuching dan pada dasarnya syarikat berkenaan sudah bersetuju dan hanya tunggu masanya sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu bagi mengurangkan masalah kesesakan di bandar raya tersebut.

Terdahulu Fadillah meninjau pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kapali Abang Akip di Jalan Petra Jaya di sini.

Projek itu dijadual siap pada 25 Nov tahun ini dan dijangka dapat mengurangkan sedikit kesesakan lalu lintas di Petra Jaya dan pusat bandar, katanya.

Mengenai masalah banjir kilat di kawasan projek, Fadillah berkata sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan membabitkan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Dewan Bandaraya Kucing Selatan bagi mencari penyelesaian.

“Perbincangan juga akan diadakan dengan pemilik-pemilik rumah yang terjejas untuk membina tembok berhampiran rumah mereka supaya tidak dilimpahi air,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata setakat ini belum ada cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) atau transit aliran massa (MRT) di bandar raya Kuching.

Katanya perkara itu pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri dan pusat namun belum ada kajian dilaksanakan berhubung cadangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Fadillah YusofKuchingRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd