• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Puskas: Kejayaan Faiz Membanggakan – Khairy

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 merupakan satu pencapaian yang membanggakan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jaringan ‘ajaib’ Mohd Faiz yang mencetuskan fenomena sehingga mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dalam dan luar negara itu adalah jaringan yang hanya hadir sekali dalam seumur hidup.

“So proud (Sungguh bangga). Tahniah, Faiz. Once in a lifetime goal (Jaringan sekali dalam seumur hidup),” katanya dalam laman Twitter.

Sementara itu, penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang turut meluahkan rasa bangga menyifatkan kejayaan itu membuktikan kemampuan dan kualiti yang dimiliki pemain tempatan untuk menghasilkan jaringan yang luar biasa serta berdiri sama taraf dengan pemain kelas dunia.

“Tahniah!!! Anda membuktikan pemain tempatan juga berkualiti… Satu penghargaan yang diimpikan buat semua pemain bola sepak dunia… untuk berada di sana bersama pemain kelas dunia dan memenanginya memang satu yang luar biasa.

“Saya tumpang bangga kerana anda adalah pemain tempatan dari Malaysia dan bukannya dari Argentina… I’m sorry Messi (Maaf Messi),” kata Safee dalam entri Facebooknya.

Jaringan menakjubkan Mohd Faiz itu menerima undian 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada aksi Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

Lebih manis, kejayaan pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menjadikan beliau pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFifa Puskas AwardKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd