• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Tahan Suami Isteri, Rampas Bom Ikan & Dadah

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan sepasang suami isteri dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan, di Pulau Sipanggao, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 4.20 petang.

“Semasa rondaan, anggota PPM terserempak perahu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan ke atas perahu itu dijumpai satu botol kaca berisi baja Ammonia dan satu batu detonator berserta sumbu dipercayai sebagai bom ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna.

Suami isteri berkenaan turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan penemuan 100 peket ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,000 di atas perahu itu.

“Turut dijumpai dalam milikan suspek ketika ditahan ialah wang tunai RM506 yang disimpan dalam dompet,” katanya.

Beliau berkata, kesemua rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut jenama Yamaha Enduro 15hp bernilai RM10,196. – BERNAMA

Tags: Bom IkanPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

Tekong Lari, Tinggalkan 200 Kilogram Ketum Dalam Sampan

10/04/2022
0

KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas 200 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah sampan kayu ditinggalkan tekongnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd