• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesian… 72 Biri-Biri Dipaksa Bersesak Dalam Van Mini

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK polis Slovakia terkejut dan tidak percaya melihat sebuah van kecil yang dipenuhi dengan biri-biri di dalam kabin van itu selepas menahan kenderaan tersebut.

Van dari jenis Seat Inca berwarna merah itu dikesan setelah pemandunya cuba untuk merentasi perjalanan sejauh 150 batu (241km) dari sebuah ladang yang terletak di puncak bukit Liptovsky Mikulas ke bandar Komarno yang terletak di selatan Slovakia.

Van bersaiz kereta itu telah diubah suai membentuk dua lapisan rak di dalamnya bagi membolehkan pemandunya memuatkan dua kali ganda bilangan biri-biri daripada saiz muatan asal kenderaan tersebut.

Polis Tahan Van Dipenuhi 72 Biri-Biri

Polis Tahan Van Dipenuhi 72 Biri-Biri

Anggota-anggota polis itu tidak percaya dengan bilangan biri-biri yang terdapat di dalam van tersebut setelah menghitungnya seekor demi seekor dan mendapati terdapat 72 ekor kesemuanya yang disumbat ke dalam ruangan yang sempit itu.

Kesemua biri-biri itu berada dalam keadaan terhimpit antara satu sama lain namun semuanya didapati dalam keadaan bernyawa walaupun mungkin berdepan masalah kekurangan oksigen.

Difahamkan van berkenaan telah ‘mengembara’ separuh daripada laluannya dan berkemungkinan ada dalam kalangan biri-biri tersebut yang akan mati sebelum sampai di destinasi mereka yang terletak di sempadan Hungary.

Terezia Palerova, ketua Pentadbiran Veterinar dan Makanan di bandar Ziar nad Hronom, memberitahu media tempatan; “Ini menyalahi undang-undang dan juga kewarasan.”

Jelasnya lagi, tindakan seumpama itu diklasifikasikan sebagai penyeksaan terhadap haiwan.

Selain itu, pihak pentadbiran itu juga mendakwa bahawa petani itu telah melanggar beberapa undang-undang berkaitan keselamatan dalam pemindahan atau mengangkut haiwan.

Malah mereka juga dikatakan telah menghilangkan beberapa dokumen serta tiada individu yang terlatih turut serta dalam proses pemindahan haiwan tersebut.

Kes tersebut telah dirujuk kepada polis oleh pihak Pentadbiran Veterinar dan Makanan dan berkemungkinan petani tersebut bakal berdepan dengan denda yang berat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Biri-birivan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Anggota Polis Didakwa Edar & Miliki Dadah Di Kedah

Next Post

Hubungan Malaysia, Indonesia Pada Tahap Paling Cemerlang

Related Posts

Tak Tahan Asyik Disaman, Lelaki Parkir Van Atas Bumbung

Tak Tahan Asyik Disaman, Lelaki Parkir Van Atas Bumbung

12/06/2023
0

TAIPEI, Taiwan – Seorang lelaki yang merupakan jurutera awam di Taichung, Taiwan menyewa kren untuk meletakkan dua buah van di...

Kereta Mewah Didakwa Milik Najib Sebenarnya Van

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila 27 buah kereta mewah yang didakwa miliknya rupa-rupanya van. Ia bermula...

Next Post

Hubungan Malaysia, Indonesia Pada Tahap Paling Cemerlang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd