• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Miliki Pistol & Dadah

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dan dua pucuk pistol dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Alor Setar (arah selatan) kira-kira 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata suspek turut cuba menyogok RM50,000 kepada lima anggota polis trafik Ibu Pejabat Daerah Kota Setar yang bertugas, bagi mengelak mereka diambil tindakan.

Asri berkata kedua-dua suspek yang berusia 43 dan 47 tahun, sebelum itu ditahan dalam ‘Ops Cegah Kemalangan’ yang diadakan selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan terhadap suspek berumur 43 tahun dari Alor Setar mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan juga positif dadah jenis heroin, manakala suspek kedua berumur 47 tahun berasal dari Selangor mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah turut positif heroin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Katanya pihak polis kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam kereta suspek dan menemukan dua pucuk pistol jenis semi auto dan kelopak peluru masing-masing.

Asri berkata satu kelopak pistol berisi 10 butir peluru caliber .22 dan satu kelopak lagi mengandungi tujuh butir peluru caliber .45.

Selain itu polis turut merampas satu kelopak tanpa peluru, satu kotak berisi 46 butir peluru caliber .45, dan 10 butir peluru caliber .22 di bungkus di dalam plastik.

“Kita juga merampas 2,700 gram heroin, 25 gram syabu, 1,500 biji pil kuda dan 46 gram candu yang nilai keseluruhan bernilai RM65,000 dan kereta Honda Civic berserta pelbagai jenis telefon dan bungkusan plastik straw,” katanya.

Berikutan itu kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan enam kali sebatan manakala kesalahan di bawah Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 boleh dihukum dipenjara hingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, Seksyen 39(A)ADB (penjara hingga lima tahun dan tiga kali sebatan),Seksyen 39(A)(2) ADB (penjara seumur hidup dan lima kali sebatan), dan Seksyen 10 ADB 1952 (penjara hingga sampai dua tahun atau denda hingga RM50,000).

“Bagi kesalahan menyogok, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukan hukuman penjara sampai 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan,” katanya.

Tambah Asri, siasatan awal polis juga mendapati, dadah itu bukan dibawa dari negara jiran tetapi dari selatan tanah air untuk dipasarkan di sebelah utara dan Kuala Muda.

“Senjata api yang kami rampas juga dipercayai digunakan untuk melindungi diri mereka.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Jan ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: dadahPistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd