• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Sumber Bekalan Bunga Api Meletup

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab membekal bahan bunga api semasa sambutan ambang Tahun Baru 2017 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di padang Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad berkata ia susulan penahanan empat kakitangan MPK dan seorang orang awam di sekitar daerah ini antara Rabu hingga awal pagi semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada orang awam yang ditahan itu adalah juruletup bunga api berkenaan.

“Empat kakitangan MPK berumur 30 hingga 40 tahun itu terdiri daripada pelbagai jabatan dan kita masih menyiasat pembabitan mereka dalam insiden letupan bunga api berkenaan.

“Polis juga sedang menyiasat lebih terperinci sebab utama MPK tidak memohon permit untuk pertunjukan bunga api itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada 25 murid Sekolah Kebangsaan Taman Seri Andalas, di sini hari ini.

Alzafny berkata kelima-lima lelaki berkenaan direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam Sabtu lepas, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Jan lepas di kompleks berkenaan.

Polis Selangor mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh penganjur. – BERNAMA

Tags: bunga apipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd