• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinjam Ah Long Dengan Hanya Satu Panggilan

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meminjam wang daripada ah long kini menjadi lebih mudah apabila pinjaman itu boleh dibuat dengan hanya satu panggilan.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, terdapat peningkatan bagi bilangan ah long sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Persaingan bagi mendapatkan peminjam baharu semakin sengit.

“Ia kini sampai ke satu tahap di mana peminjam tidak perlu lagi berjumpa dengan ah long atau menandatangani sebarang perjanjian.

“Hanya buat panggilan kepada ah long, beri alamat untuk mereka periksa dan nombor akaun bank, dan mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun bank,” katanya dalam satu temuramah.

Berdasarkan 636 kes ah long yang diterimanya tahun lepas membabitkan hutang yang tidak dibayar berjumlah RM58 juta, hampir 70 peratus peminjam tidak pernah berjumpa secara bersemuka dengan pemberi pinjaman.

Chong berkata, ah long akan menasihatkan peminjam supaya meminjam lebih banyak wang daripada ah long lain bagi melunaskan hutang mereka terdahulu.

“Jika peminjam masih tidak dapat bayar, ah long akan meminta mereka untuk ambil lebih banyak pinjaman,” katanya.

Kesannya, seorang peminjam yang pada asalnya hanya meminjam RM1,000 berdepan kesukaran untuk membayar semula, sehinggakan jumlah hutang mencecah RM10,000 akibat pelbagai kadar tinggi faedah yang terpaksa diikuti.

Ah long juga menjadi celik media sosial dengan mengiklankan perkhidmatan mereka secara dalam talian.

Menurut Chong, segelintir mereka menggunakan Facebook bagi menganggu peminjam yang tidak melunaskan hutang mereka.

“Mereka memuat naik gambar-gambar dan menunggu maklum balas daripada peminjam.

“Jika mereka masih tidak bayar, beberapa gambar membabitkan keluarga peminjam akan turut dimuat naik bagi memalukan mereka,” katanya.

Chong yang berpengalaman dalam mengendalikan kes seumpama itu selama tiga dekad berkata, segelintir masyarakat masih memilih untuk meminjam wang daripada ah long walaupun mengetahui bahayanya. – mStar Online

Tags: Ah LongPeminjam Wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd