• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Mula Melonjak

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Permintaan terhadap perkhidmatan sewa teman lelaki mula melonjak di China apabila perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.

Pada tahun ini sempena dengan kedatangan tahun ayam, perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baharu Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan tersebut dilaporkan media tempatan semakin menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga sewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah 1,544 yuan (kira-kira RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah. – Agensi/myMetro Online

Tags: Tahun baru Cinateman lelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Kedai Di Kea Farm Terbakar, Rugi Setengah Juta Ringgit

Next Post

Angelina Jolie Bakal ‘Hilang’ Zahara?

Related Posts

PRK DUN Kuala Kubu Baharu Pada 11 Mei – SPR

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

04/04/2024
0

KOTA BHARU: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika dipaksa melakukan hubungan seks sebelum mayat mangsa ditemui di Dataran Lemang,...

Cemburu, Sakit Hati Punca Pembunuhan Bella

‘Haikal Didakwa Bunuh Bella’

24/01/2024
0

BATU PAHAT: Teman lelaki kepada Bella atau nama sebenar Mila Sharmila Samsusah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Angelina Jolie Bakal 'Hilang' Zahara?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd