• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Diminta Tangani Monyet Liar Di Kamunting

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Penduduk di kawasan Kampung Baru Sambungan Kamunting di sini meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membantu menangani masalah monyet liar di kediaman mereka.

Beberapa penduduk mendakwa kehadiran monyet liar sejak setahun lalu mengganggu ketenteraman mereka kerana haiwan itu berani memasuki kediaman dan merosakkan harta benda.

Seorang penduduk, Mohd Sofian Abdul Rahman, 30, berkata jumlah monyet yang datang antara tujuh hingga 10 ekor untuk satu kumpulan semakin bertambah setiap hari.

“Saya bimbang jika keadaan dibiarkan berterusan ia akan mengancam keselamatan orang ramai terutama kanak-kanak.

Saya pernah kemukakan masalah ini kepada pihak berkaitan tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang dilakukan,” dakwanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Sofian berharap pihak berkaitan dapat memasang perangkap sangkar agar dapat mengurangkan kehadiran monyet di kawasan itu.

Seorang lagi penduduk Mohd Yusnan Abdul Rahman, 35, mendakwa masalah itu menjadi semakin serius apabila monyet berkenaan mula memasuki rumah penduduk sehingga merosakkan kenderaan dan kabel elektrik.

“Walaupun tiada kes individu diserang monyet, namun ia tidak mustahil boleh berlaku kerana binatang ini boleh bertindak agresif,” katanya.

Azlinda Abu Bakar,29, turut meluahkan rasa bimbang kehadiran monyet terutama pada waktu malam.

“Saya tidak dapat tidur nyenyak kerana kehadiran monyet merosakkan atap rumah dan pernah suatu hari monyet mengejar suami saya,” dakwanya yang tidak mahu perkara itu dipandang ringan. – BERNAMA

Tags: monyetPerhilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd