• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Bunuh Pengasas Ambank 16 Mac

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi akan bermula pada 16 Mac.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman juga menetapkan 27 hingga 31 Mac dan 22 hingga 26 Mei untuk perbicaraan kes Koong Swee Kwan selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semula di hadapan hakim baharu.

Panel lima anggota hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Koong, 47, dan mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi pada 14 Disember tahun lepas.

Koong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai, 2013.

Mahkamah Persekutuan juga membenarkan rayuan Koong terhadap hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah kerana cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 52, dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula.

Pada prosiding hari ini mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kedua-dua kes itu dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi yang sama.

Terdahulu Koong mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Koong diwakili peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin serta Hamdan Hamzah.

Mahkamah juga dimaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk perbicaraan semula itu. – BERNAMA

Tags: kes bunuhPengasas Ambank
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biarlah Saya Dituduh Derhaka, Jawab Tun M Pada Sultan Johor

Next Post

Perkhidmatan Tren Intercity Pantai Timur Pulih Sepenuhnya

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

3 Suspek Bunuh Penuntut Universiti Di Cyberjaya Disambung Reman

3 Suspek Bunuh Penuntut Universiti Di Cyberjaya Disambung Reman

03/07/2025
0

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman tujuh...

Next Post

Perkhidmatan Tren Intercity Pantai Timur Pulih Sepenuhnya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd