• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perayaan Berbilang Kaum Bantu Pemahaman Budaya

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang mengadaptasikan konsep 1Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata melalui sambutan itu masyarakat boleh mengenali dan memahami budaya kaum lain secara langsung.

“Sokongan tanpa mengira kaum hadir memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya,” katanya yang juga Anggota Parlimen Tawau ketika merasmikan Karnival Sempena Tahun Baru di sini malam tadi.

Yap berkata perpaduan sebenar akan wujud apabila tidak ada lagi perkara yang boleh menimbulkan rasa sangsi, gelisah dan kurang percaya atau terlalu sensitif apabila terdapat perkara atau isu tidak seharusnya dibangkitkan.

“Perpaduan itu penting dan menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini berusaha mengekalkannya, dan kita berada di landasan betul dalam kita menuju negara maju,” katanya.

Kira-kira 3,000 warga Tawau hadir pada majlis sambutan itu di Padang Perbandaran yang akan berlangsung selama seminggu sehingga 22 Jan ini. – BERNAMA

Tags: KaumMary Yapmasyarakatperayaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesej Keamanan Dalam Pelbagai Perayaan Dan Budaya Malaysia -PM

Mesej Keamanan Dalam Pelbagai Perayaan Dan Budaya Malaysia -PM

04/05/2023
0

PETALING JAYA : Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya sepatutnya memberi keinsafan kepada semua masyarakat agar terus membawa...

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

23/07/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd