• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggemar Sukan ‘Jallikattu’ Serang Balai Polis

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Penggemar sukan tradisional menundukkan lembu jantan di India menyerang sebuah balai polis dengan membaling batu dan membakar beberapa kenderaan.

Ini kerana peminat tersebut berang diusir dari pantai tempat mereka memprotes pengharaman permainan itu sejak minggu lalu.

Permainan dinamakan jallikattu itu menyaksikan lembu jantan dilepaskan dalam kumpulan orang ramai yang mengejar dan cuba menunggangnya.

Permainan itu popular di negeri Tamil Nadu tetapi diharamkan mahkamah tertinggi India pada 2014 kerana dianggap menzalimi haiwan.

Acara jallikattu bagaimanapun dibenarkan diteruskan menerusi perintah eksekutif, Ahad lalu, tetapi penunjuk perasaan tetap mengadakan bantahan di pantai berkenaan untuk mendesak pengharaman itu terus dihapuskan.

Anggota polis yang hanya dikenali sebagai Balakrishnan berkata, pihaknya mengusir ribuan penunjuk perasaan – dianggarkan seramai 7,000 orang – di pantai Marina yang enggan meninggalkan kawasan itu di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.

Jalan ke pantai berkenaan turut ditutup polis. Penunjuk perasaan yang hanya dikenali sebagai Gayatri mendakwa polis menggunakan gas pemedih mata dan cota untuk mengusir mereka.

Rangkaian berita CNN News India melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam pertempuran dengan polis.

Polis juga bermasalah mengusir hampir 2,000 orang yang sehingga lewat semalam membentuk rantai manusia malah ada antara mereka berdiri di dalam air dan enggan berganjak.

Sementara itu, Press Trust of India melaporkan, dua lelaki mati ditanduk lembu manakala puluhan lain cedera di Rapoosal dalam acara jallikattu, kelmarin.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar jallikattu sebagai menzalimi haiwan yang kerap ditabur serbuk cili dan mengalami kecederaan termasuk patah ekor ketika cuba ditarik orang ramai yang mahu menunggang mereka.

Perintah eksekutif yang dikeluarkan membenarkan sukan itu diteruskan tetapi hanya berkuat kuasa selama enam bulan. – AP/myMetro Online

Tags: IndiaLembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd