• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sepakat Selamatkan Kucing Tersepit Di Shah Alam

oleh AK-47
31/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sepakat membawa berkat, tindakan penduduk di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 9, di sini yang bersatu menyelamatkan seekor kucing tersepit berjaya menambat hati netizen.

Kejadian itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nazry Nassir dengan memuat naik sebuah gambar dan video memaparkan usaha mereka membuka pagar rumah jiran tersebut.

Difahamkan, jirannya itu menggunakan pagar jenis automatik dan berkemungkinan tidak perasan haiwan comel berkenaan sedang berjalan masuk ketika pagar sedang ditutup menyebabkan ia tersepit di antara dua pagar tersebut.

Nasib baik ada keluarga jiran berbangsa Cina yang baik hati cuba membukan pagar tersebut bagi melepaskan kucing itu.

“Thank you kat Chinese family ni, jiran kami jugak kat Taman Sri Baiduri, Seksyen 9, Shah Alam ni. Cuti-cuti Chinese New Year ni terpaksa buka pagar rumah jiran sebab nak selamatkan kucing tersepit.

“Nak tunggu tuan rumah balik, sampai kucing bertanduk la, saya mampu rekod video je sebagai bukti in case apa-apa jadi, huhu,” tulisnya.

Bagaimanapun, nasib kucing itu kurang baik kerana sebaik dilepaskan, kucing itu dilihat tidak dapat berjalan dengan baik.

Ramai netizen yang bimbangkan keadaan kucing berkenaan sehingga kini masih menunggu maklumat lanjut berhubung kesihatan kucing itu.

“Harap ada yang update esok macam mana keadaan kucing itu. Kesiannya tengok,” tulis seorang netizen.

Kepada mereka di luar sana yang menggunakan pagar automatik, berhati-hatilah sewaktu menutup pagar anda. Jika boleh, tunggu sehingga pagar sudah tertutup kemas sebelum meninggalkan rumah bagi mengelak kejadian sama berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kucingprihatinTersepit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd