• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk One Selayang Bantah Parkir Berkupon

oleh
08/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 penduduk di One Selayang, Batu Caves membantah tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan sistem parkir berkupon di kawasan itu berkuat kuasa 1 Dis lalu.

Tindakan MPS mengenakan caj parkir RM0.53 setiap sejam pada Isnin hingga Jumaat bermula 6.30 pagi hingga 6.30 petang itu dianggap membebankan majoriti penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama One Selayang, Hanapiah Muhammaddin berkata pihaknya hanya mengetahui mengenai penguatkuasaan sistem itu kira-kira dua minggu sebelum ia dilaksanakan.

“Cara pihak MPS maklumkan pun hanya melalui notis makluman bertarikh 15 Dis yang diletakkan di setiap kereta di sini dan menerusi kain rentang tanpa berjumpa kami dan menerangkan sebab sistem itu perlu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita ketika sesi bantahan sistem itu, di sini hari ini.

Turut hadir Penyelaras Pembangunan Persekutuan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, Datuk Md Nasir Ibrahim yang turut meminta pihak MPS segera menyelesaikan permasalahan itu yang membebankan penduduk.

Hanapiah berkata beliau juga telah menghantar surat bantahan kepada MPS dan pejabat Menteri Besar Selangor masing-masing pada 24 dan 25 Nov lalu namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Kebanyakan penduduk di sini pergi ke tempat kerja menaiki motosikal jadi kereta memang akan diletakkan di kawasan parkir rumah. Takkanlah parkir di rumah sendiri pun nak kena bayar sedangkan selama ini tiada sebarang caj dikenakan?” tambahnya yang menggesa agar parkir di sini dikecualikan daripada sistem itu.

Beliau berkata pihaknya juga belum menerima jawapan daripada MPS mengenai permohonan penduduk agar disediakan lot parkir untuk motosikal dan tindakan bagi masalah parkir kenderaan yang sering dimonopoli oleh pihak pekedai.

Kawasan perumahan One Selayang mula dibuka pada tahun 2008 dan terdiri daripada enam blok kediaman bertingkat, 448 unit kediaman serta 64 unit kedai.

Sementara itu, jurucakap MPS ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberikan jawapan mengenai isu tersebut esok. – BERNAMA

Tags: MPSOne SelayangParkir Berkupon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL, MPS Serbu Peniaga Asing Selayang

DBKL, MPS Serbu Peniaga Asing Selayang

21/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak menyerbu dan melaksanakan tindakan...

MPS Beli Minyak Masak Terpakai RM1.50 Sekilogram

16/04/2022
0

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membeli minyak masak terpakai daripada peniaga dan orang ramai dengan kadar RM1.50 bagi setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd