• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu GrabCar Maut Sakit Jantung Di Klia2

oleh
28/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pagi ini kecoh apabila seorang pemandu Grabcar meninggal dunia sewaktu menghantar pelanggan.

Kejadian menyayat hati tidak dijangka itu berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi Jumaat manakala mangsa yang dikenali sebagai Dedi Abdullah dan berasal dari Jalan Labuk, Sandakan, Sabah itu maut setelah mengadu sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa yang berusia 28 tahun itu dikatakan hanya membawa seorang pelanggan dari Shah Alam, Selangor ke klia2.

Bagaimanapun ujar beliau, sebaik tiba di Aras 2, Balai Ketibaan, sekitar pukul 7.30 pagi, pemandu berkenaan secara tiba-tiba pula memaklumkan bahawa dia mengalami sesak nafas seolah-olah tahu ajalnya semakin hampir.

“Pelanggan si mangsa itu kemudian bergegas meminta bantuan daripada beberapa anggota polis trafik yang kebetulan bertugas di lokasi kejadian dan sedang memantau pergerakan aliran trafik di kawasan tersebut.

“Anggota berkenaan memberi bantuan dan segera memanggil paramedik dari Klinik Menara di Aras 2, klia2, sebelum mereka mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 8.20 pagi,” katanya.

Abdul Aziz berkata, jenazah allahyarham Dedi dibawa ke Hospital Serdang dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa sebenarnya disebabkan oleh komplikasi jantung.

“Dua saluran jantung tersumbat. Tiada unsur jenayah disyaki berlaku,” kata beliau lagi. Kes tersebut dianggap sebagai kematian secara mengejut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KLIA2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

13/12/2022
0

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd