• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Ekspres Didenda RM8,000 Memandu Cuai

oleh AK-47
04/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu bas ekspres didenda RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik di sini selepas menukar pengakuan bersalah memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati pada Julai lalu apabila merempuh sembilan kereta dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah memerintahkan tertuduh Kadershah Sabaruddin, 52, dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Inspektor Jasli Mohd Yusoff supaya butir-butir sabitan direkodkan pada mana-mana lesen tertuduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengikut kertas pertuduhan, Kadershah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 2.45 petang di KM265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada 10 Julai lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan

Pada prosiding sebutan semula kes itu hari ini, Jasli berkata laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengesahkan bahawa kemalangan itu berlaku adalah disebabkan brek ‘actuators chamber’ pada bahagian belakang sebelah kanan bas terbabit bocor.

“Siasatan mendedahkan kerosakan bukan berlaku secara tiba-tiba tetapi kerosakan itu telah dikesan oleh OKS (orang kena saman) semasa dalam perjalanan dari Juru di Pulau Pinang dan OKS sepatutnya ambil langkah sewajarnya bukan meneruskan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Kadershah yang tidak diwakili peguam merayu agar denda yang dikenakan terhadapnya dikurangkan kerana dia menanggung ibu serta tiga orang anak.

“Saya akui kesilapan saya…saya telah sedaya upaya untuk mengelak kemalangan itu daripada berlaku. Sejak kejadian itu berlaku hidup saya tidak menentu dan syarikat bas berkenaan tidak ambil tahu langsung,” katanya.

Pada 14 Nov lalu di mahkamah yang sama, Kadershah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut dan mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Dalam kejadian 10 Julai lalu, sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh sembilan kereta dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas. – BERNAMA

Tags: bas eksprespemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd