• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Basah Dinaik Taraf Kepada Premis Tertutup

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk menaik taraf pasar basah di ibu kota kepada premis tertutup yang lebih kondusif, kata Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kompleks “OUG The Market Place” di Taman OUG, di sini menjadi perintis kepada usaha berkenaan.

“Kita tidak mahu lagi keadaan pasar basah yang tidak bersih yang dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan kerana kehadiran haiwan membawa penyakit seperti tikus,” katanya semasa merasmikan kompleks “OUG Market Place” di sini hari ini.

Kompleks perniagaan lima tingkat itu ialah bagi menggantikan bangunan lama berusia 40 tahun yang asalnya merupakan pasar basah.

“Kita sedang melihat pasar-pasar lain milik DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) seperti Pasar Pudu, Keramat, Gombak, Taman Tun Dr Ismail untuk dibangunkan seperti apa yang telah dibangunkan di sini (Taman OUG),” katanya.

Kompleks “OUG Market Place” dibangunkan oleh syarikat swasta yang mempunyai 90 kedai dengan gabungan perniagaan pasar basah dan kering di aras berbeza berserta kemudahan restoran, rekreasi termasuk dua parkir bertingkat.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata DBKL akan memperkenalkan lesen perniagaan dengan ciri-ciri keselamatan tinggi termasuk kod sekuriti kepada penjaja bagi mengatasi kes penipuan dan pemalsuan dokumen.

Katanya, peniaga khususnya penjaja juga diminta tidak berurusan dengan pihak yang mengambil kesempatan kononnya sebagai ‘orang tengah’ untuk mendapatkan lesen perniagaan. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd