• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sertai Misi ‘Food Flotilla For Arakan’

oleh
16/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS akan menghantar delegasi untuk menyertai misi ‘Food Flotilla For Arakan’ yang akan bertolak ke Myanmar pada 3 Februari depan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata delegasi diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor itu akan bertolak dari Pelabuhan Klang yang mengambil masa enam hari pelayaran dan dijangka tiba di Myanmar pada 9 Februari.

Turut menyertai misi anjuran badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh; EXCO Dewan Muslimat PAS, Datuk Siti Asyah Ghazali; AJK PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Khalil Abdul Hadi.

Katanya, keputusan untuk menghantar delegasi itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan semalam, sebagai salah satu usaha kemanusiaan dan jihad murni, selain turut sama merasai penderitaan yang dialami etnik Rohingya di sana.

“PAS akan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan semua badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah ini.

“Food Flotilla For Arakan ini sudah mendapat perhatian dunia serta membuka mata pelbagai pihak antarabangsa untuk bersama-sama berjuang, bukan saja menghantar bekalan makanan dan perubatan tetapi turut mendesak supaya kezaliman dan kekejaman ke atas etnik Rohingya segera dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

Tags: Food Flotilla For ArakanMyanmarPASRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penunggang Ducati Monster Maut Di Lebuhraya KL-Karak

Next Post

Annuar Janji Berusaha Cari Dana Buat Skuad TRW

Related Posts

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

18/04/2025
1

TAPAH: Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam. Menteri...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Annuar Janji Berusaha Cari Dana Buat Skuad TRW

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd